Militer Amerika Serikat
The USS Texas, pada saat Perang
Spanyol-Amerika
-------------
Kapal
tempur (battleship) Angkatan Laut Amerika Serikat yang pertama diberi nama USS
TEXAS, sebagai penghormatan terhadap negara bagian Texas, daerah yang diambil
dari penduduk aslinya oleh Spanyol kemudian Meksiko, dan kemudian menjadi
republik bebas, telah dimasukkan ke dalam Amerika
Serikat sebagai negara bagian
ke-28 pada 29 Desember 1845.
USS
Texas telah diluluskan oleh Kongres Amerika Serikat pada 3 Agustus 1886. Ia
telah dibina dari pelan Britania Raya yang dimajukan untuk satu pertandingan
reka bentuk. Ganjaran untuk pemenang reka bentuk berjumlah US$15,000. Lunasnya
mulai dipasang pada 1 Juni 1889, di Portsmouth, Virginia, di Galangan Kapal
Navy Norfolk "Norfolk Navy Yard". Diluncurkan pada 28 Juni 1892,
dengan diresmikan oleh Miss Madge Houston Williams dan kapal perang Texas
secara resmi mulai bertugas pada 15 Agustus 1895, dibawah komando Kapten Henry
Glass.
Ditugaskan
di bawah Skuadron Atlantik Utara "North Atlantic Squadron", kapal
perang Texas menjelajah persisiran timur Amerika Serikat. Pada Februari 1897,
kapal perang Texas meninggalkan lautan Atlantik untuk penjelajahan pendek di
pelabuhan pantai Teluk Galveston, Texas, dan New Orleans. Ia menyambung tugas
di pantai Atlantik pada March 1897 dan kekal sebegitu sehingga permulaan tahun
1898. Pada masa itu, dia melawat Key West, Florida, dan Dry Tortugas dalam
perjalanan ke Galveston untuk pelayaran pulang yang dilakukannya pada
pertengahan Februari. Kembali ke Atlantik melalui Dry Tortugas pada March,
kapal perang Texas tiba di Hampton Roads pada 24 March dan menyambung tugas
biasa dengan Skuadren Atlantik Utara. Awal musim bunga, perang di antara Amerika
Serikat dan Spanyol meletus berkaitan dengan keadaan di Cuba dan apa yang
didakwa kemusnahan kruiser berperisai Maine (ACR-1) di pelabuhan Havana pada
Februari 1898. Menjelang 18 May, di bawah pemerintahan Kapten J.W. Philip,
kapal perang Texas berada di Key West, bersedia untuk memulakan pertempuran. Pada
21 May, kapal perang Texas tiba dipersisiran Cienfuegos, Cuba, dengan Skuardron
Penerbang "Flying Squadron" untuk menyekatan pantai Cuban. Selepas
kembali ke Key West untuk mengisi arang batu, kapal perang Texas tiba di
Santiago de Cuba pada 27 May. Ia meronda dipinggir pelabuhan tersebut sehingga
11 Jun yang mana pada hari itu, kapal perang Texas membuat satu misi meninjau
Teluk Guantanamo. Selama lima minggu kemudian, ia meronda antara Santiago de Cuba
dengan Teluk Guantanamo. Pada 16 Jun, kapal perang Texas bergabung Marblehead
untuk pengeboman kota Cayo del Tore di Teluk Guantanamo. Kedua-dua kapal
melepaskan tembakan sejurus selepas 1400 dan berhenti membedil sekitar satu jam
dan 16 minit kemudian, setelah menghancurkan kota tersebut menjadi tidak
berguna.
Pada
3 Julai, kapal perang Texas sedang berlayar berhampiran dengan Santiago de Cuba
apabila Angkatan Spanyol di bawah pemerintahan Laksamana Cervera melakukan
percubaan terdesak untuk melepasi Angkatan Amerika. Sementara meriam utama
kapal perang Texas membedil Vizcaya dan Colon, meriam kedua bergabung dengan
Iowa dan Gloucester untuk membedil dan memusnahkan dua kapal pemusnah
bot-torpedo. Kedua kapal pemusnah Spanyol berundur dari beraksi dengan cepatnya
dan mengkandaskan diri mereka dengan kerosakan teruk. Satu demi satu, kapal
perang besar musuh turut akur kepada bedilan gabungan Angkatan Amerika. Setiap
satu, menurut turutan, menghala kearah pantai dan mengkandaskan diri mereka.
Dengan itu Texas dan kapal lain Skuardron Penerbang "Flying Squadron"
menghapuskan Angkatan Spanyol. Kekalahan Angkatan Cervera membantu memastikan
kejatuhan Santiago de Cuba. Bandar tersebut The city jatuh ketangan pasukan
Amerika yang mengepong pada 17 Julai, hanya dua minggu selepas kejayaan tentera
laut Amerika Serikat. Pada hari penyerahan Santiago, Spanyol mencari perdamaian
melalui good offices kerajaan Perancis. Belumpun protokol perdamaian
ditandatangan di Washington, DC, pada 12 Ogos, kapal Amerika Serikat mula
kembali kepelabuhan. Texas tiba di New York pada 31 Julai. Kapten Philip telah
dilantik ke pangkat Commodore pada 10 Ogos 1898. Pada akhir bulan November,
kapal perang Texas berpindak ke selatan ke Hampton Roads di mana ia tiba pada 2
Desember. Kapal perang Texas meneruskan routin masa aman meronda persisiran
Atlantik Amerika Serikat. Walaupun operasi lapangan utamanya sekali lagi berpusat
pada persisiran timur laut, ia turut melakukan lawatan ketempat seperti San
Juan, Puerto Rico, dan Havana, Cuba, di mana anak kapalnya dapat melihat
sebahagian dari keputusan usaha kapal mereka ketika perang yang baru berlalu.
Kapal
perang Texas dikeluarkan dari tauliah seketika pada 1901 untuk pembaikian di
Norfolk Navy Yard tetapi ditauliahkan kembali pada 3 November 1902. Ia bertugas
sebagai kapal pemerintah untuk Skuardron Persisiran sehingga 1905. Pada 1908
kapal perang Texas menjadi kapal pengun "station ship" di Charleston,
South Carolina. Pada 15 Februari 1911, namanya ditukar kepada San Marcos bagi
membenarkan nama Texas diserahkan kepada Battleship No. 35. Pada 10 Oktober
1911, namanya dikeluarkan dari Daftar Kapal Tentera Laut "Naval Vessel
Register". Ia kemudiannya ditenggelamkan sebagai sasaran di Tangier Sound
di Teluk Chesapeake.