Militer Amerika Serikat
Kapal
USS Maine (ACR 1) yang pertama merupakan kapal perang kelas kedua Amerika
Serikat seberat 6682 ton, yang pada asalnya telah ditetapkan sebagai Kruiser
Berperisai (Armored Cruiser) #1. Pihak
Kongres meluluskan pembinaannya pada 3
Agustus 1886, dan lunasnya telah diletakkan pada 17 Oktober 1888, di New York
Navy Yard. USSMaine telah dilancarkan pada 18 November, 1889 diresmikan oleh
Miss Alice Tracey Wilmerding, dan ditauliahkan pada 17 September 1895, di bawah
pemerintahan Kapten AS Crowninshield.
Kerjaya
aktifnya dihabiskan beroperasi di sepanjang persisiran pantai timur AS dan di
kawasan Karibia. Pada Januari 1898, USS Maine telah dikirim ke Havana, Kuba,
untuk melindungi kepentingan Amerika Serikat ketika kekacauan sipil dan
kebangkitan penduduk setempat. Tiga minggu kemudian, pada 9:40 petang 15
Februari, satu letupan yang dashyat pada Maine memecah kesunyian di pelabuhan
Havana. Penyiasatan kemudiannya mendedahkan bahwa lebih dari lima ton mesiu
untuk meriam enam inci dan sepuluh incinya meledak, hampir mehapuskan satu per
tiga bagian kapal. Baki kapal terbenam pada dasar pelabuhan. Kebanyakan
kakitangan Maine sedang istirahat atau tidur di kuarter di bagian hadapan kapal
ketika letupan terjadi. Dua ratus enam puluh enam orang kehilangan nyawa mereka
akibat kecelakaan; 260 tewas di dalam letupan atau seketika sejurus setelah
itu, dan enam orang lagi mati akibat dari kecederaan. Kapten Sigsbee dan
kebanyakan dari pegawainya selamat karena tempat tinggal mereka berada di
bagian buritan kapal. Pada 28 Maret, Badan Pneyiasatan Mahkamah Navy Amerika
Serikat merumuskan bahwa letupan itu disebabkan oleh periuk api tentara laut.
Tragedi
ini merupakan salah satu pencetus Perang Amerika-Spanyol yang bermula pada
April 1898. Pada ketika itu, ia telah digunakan sebagai alasan untuk
mencetuskan peperangan oleh mereka yang telah lama cenderung untuk berperang
dengan Spanyol. Pada 1976, Admiral Hyman Rickover dari Navy Amerika Serikat
menyiarkan suatu keputusan penyiasatan yang memutuskan bahwa tragedi ini
disebabkan secara sendiri, kemungkinannya hasil dari satu kebakaran di tempat
arang batu. Sebagian pakar sejarah telah mempertikaikan temuan ini, dan
menegaskan bahawa kegagalan untuk menyadari secara pembakaran berawal di bunker
arang batu adalah tidak mungkin. Orang lain pula menegaskan bahawa Maine
merupakan mangsa sabotase atau korban untuk membakar pendapat umum menentang
Spanyol.
Pada
5 Agustus, 1910, pihak Kongres telah meluluskan pengapungan semula Maine. Pada
2 Februari, 1912, Maine telah diapungkan di bawah penyeliaan Kor Jurutera
Tentera dan ditunda ke laut di mana ia telah ditenggelamkan di kawasan air
dalam di Teluk Meksiko pada 16 March, 1912, dengan penghormatan tentara dan
istiadat yang berlaku.
Terdapat
satu tugu peringatan untuk mereka yang mati di Perkuburan Kebangsaan Arlington
"Arlington National Cemetery".